Tuesday, March 29, 2011

TUGASAN 2: ULASAN BUKU


ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Logik Pengaturcaraan Komputer oleh Mohd Aizaini Maarof dan Muhammad Shafie Abd.Latif. 2006. Universiti Teknologi Malaysia. 153 halaman. Mengandungi Rujukan, Indeks: ms. 151-153 , ISBN 983-52-0401-2


SINOPSIS

Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah serta para pelajar yang mengajar serta mengikuti kursus dalam Pengaturcaraan Komputer serta yang ingin belajar mengenai ilmu pengaturcaraan komputer. Buku ini setebal 153 muka surat ini mempunyai 9 bab, rujukan dan indeks.
                    Bagi buku ini, ia dimulai dengan bab 1 iaitu pengenalan. Subtopik bagi bab ini ialah pendahuluan, Definisi Aturcara Komputer, Bahasa Pengaturcaraan. Bagi Masalah Pengaturcaraan  ini, ia terdiri daripada masalah sintaks dan masalah logik. Seterusnya ialah Proses Penyelesaian Masalah Logik yang merangkumi 3 bahagian iaitu Aturcara Menguji Kebarangkalian, Aturcara Melaksanakan Proses Ulangan dan Jujukan Proses Pengaturcaraan dan diakhiri dengan latiihan.  
                    Bagi bab 2 pula menerangkan mengenai Data, Pembolehubah dan Pemalar. Subtopik bagi bab ini ialah Pendahuluan, Data pula menerangkan jenis-jenis data. Seterusnya ialah Pembolehubah yang menerangkan mengenai Menamakan Pemboleubah dan Mengisytiharkan Pembolehubah dan turut membincangkan mengenai Pemalar dan diakhiri dengan Latihan 2.
                    Bagi bab 3 pula membincangkan mengenai Operasi Aritmetik yang dimulai dengan Pendahuluan, Operator Aritmetik iaitu Keutamaan Operator Aritmetik, Operator Hubungan. Seterusnya ialah Operator Logik yang mengandungi tajuk kecil seperti Operator Logik AND, Operator Logik OR, Operator Logik NOT dan Gabungan Operator Logik. Topik seterusnya ilah Keutamaan Operator dan diakhiri dengan Latihan 3.
                    Bab 4 memperincikan mengenai Carta Alir bagi memulakan proses pengaturcaraan. Subtopik bagi bab ini ialah Pendahuluan, Definisi Carta Alir, Simbol Hubungan, Simbol Carta Alir yang diwakili oleh Simbol Terminal, Input dan Output, Proses, Syarat, Penyambung, Cetakan, Gari Aliran, Komen/Notasi, dan  Subrutin. Seterusnya ialah Garis Panduan Membina Carta Alir, Carta Alir bagi Masalah Mudah dan Latihan 4.   
                    Bab 5 pula menumpukan kepada topik Carta Alir bagi Masalah Bersyarat yang didahului dengan pendahuluan, Satu cabang Pilihan, Dua Cabang Pilihan dan diakhiri dengan Latihan 5.
                    Seterusnya ialah bab 6, yang menerangkan mengenai Carta Alir bagi Masalah Berulang yang dimulai dengan pendahuluan, Konsep Pembilang dan Penjumlah dipecahkan lagi kepada 2 subtopik iaitu Pembilang dan Penjumlah. Seterusnya ialah Contoh-contph dan diakhiri dengan Latihan 6.         
                    Bagi bab 7 pula, ia menerangkan mengenai Carta Alir Bagi Masalah komplkes yang menjelaskan mengenai Pendahuluan, Cabang Bersyarat Tersarang iaitu dipecahkan kepada satu cabang bersyarat tersarang dan dua cabang bersyarat tersarang. Manakala topik seterusnya ialah Gelung Tersarang , subrutin dan Latihan 7.
                    Bagi bab 8 memperincikan mengenai Pengendalian Data yang dimulai dengan Pendahuluan, Tatasusunan iaiati Merujuk Data dalam Tatasusunan , Fail, Pangkalan Data dan diakhiri dengan Latihan 8.
                    Bab 9 pula merupakan bab terakhir dalam buku ini yang menerangkan mengenai Peralihan Kepada Kod Aturcara. Subtopik dalam bab ini ialah Pendahuluan, Carta Alir kepada Kod Aturcara yang memperincikan mengenai Masalah Mudah, Bersyarat dan Berulang. Seterusnya ialah kesimpulan bagi semua subtopik bagi ba ini dan diakhri dengan Latihan 9.
                    Buku ini turut menyediakan lampiran  bagi rujukan serta lampiran Indeks untuk memudahkan pencarian pembaca mengenai sesuatu perkataan ataupun istilah yang ingin dicari secara lebih terperinci dengan mudah.


Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku Logik Pengaturcaraan Komputer ini memberi beberapa panduan asas kepada pembaca berkenaan dengan kaedah yang asas serta cara penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan komputer dan bagaimana ia dilaksanakan. Secara umumnya, terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang diperkenalkan dan digunakan oleh pengaturcara sekarang ini seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Sebagai contoh adalah Pascal, Basic, Visual Basic, C, C++, Cisula C++, Java, Java C++, Visual Java, Assembly, Cobol, Forran, PHP, C# dan lain-lain lagi. Setiap pengaturcaraan adalah berbeza antara satu sama lain dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Contohnya bahasa Visual Basic, Visula C++ dan Visual Java mempunyai kemudahan membina antara muka yang lebih mudah daripada bahasa asal masing-masing iaitu Basic, C++ dan Java. Bahasa Java pula menyediakan kemudahan pelbagai platform berbanding dengan bahasa yang lain. Berbilang platform bermakna bahasa ini boleh dilaksanakan dalam sistem pengoperasian yang berbeza, iaitu sama ada Windows, MacOs atau Linux.
                    Untuk pengetahuan semua, setiap bahasa mempunyai perkataan dan kaedah penyusunan perkataan yang tersendiri. Dalam bahasa Basic Print digunakan untuk mengeluarkan hasil, manakal dalam bahasa C menggunakan cout. Begitu juga susunan arahan masukkan dalam C++ adalah cin >> nama, manakala dalm Visual Basic masukkan diambil dari borang (form) dengan menggunakan arahan mudah strNama = txtNama.text. Walau bagaimanapun, setiap bahasa pengaturcaraan biasanya mirip kepada Bahasa Inggeris. Oleh itu bahasanya agak ringkas serta mudah difahami oleh pengaturcara baru.   
                    Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai pengkompilnya (compiler) tersendiri. Pengkompil secara mudahnya adalah pemprosesan yang memeriksa penggunaan dan penyusunan bahasa itu kepada bahasa mesin yang boleh dilaksanakan oleh pemproses komputer. Pengkompil bagi satu bahasa tidak boleh digunakan oleh bahasa yang lain. Oleh itu, Visual Basic mempunyai pengkompilnya sendiri yang berbeza dengan pengkompil bahasa C++ atau Java serta PHP tetapi hasil pengkompilan adalah sama dan membolehkan komputer memproses dan melaksanakannya. Secara umunya juga, terdpat dua masalah utama dalam pengaturcaraan.
1.    Pertama adalah dari segi bahasa yang digunakan tidak dapat difahami.
2.    Kedua adalah susunan arahan yang tidak betul atau logik aturcara.
Secara ringkasnya, bahasa yang tidak dapat difahami adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan yang tidak betul atau penyusunan perkataan dalam arahan adalah salah. Kesalahan ini juga agak mudah diatasi dan senang dikesan oleh pengkompil. Sesetengah perisian bahasa pengaturcaraan dapat mengesan secara terus kesalahan tersebut sebaik sahaja pengaturcara selesai maenaip perkataan tersebut.  
                    Mesej kesalahan “compiler error” dikeluarkan terus sebaik sahaja pengaturcara menekan enter untuk baris seterusnya. Kedudukan dan perkataan yang betul juga diberikan supaya pengaturcara dapat membetulkannya dengan mudah dan cepat. 
                    Masalah yang kedua adalah dari segi susunan atau jujukan arahan yang tidak betul. Susunan arahan adalah penting walaupun dalam kehidupan kita. Contohyang mudah difahami adalah; susunan arahan yang tidak betul dalam membuat kek akan menghasilkan kek yang tidak naik dan keras. Komputer juga amat sensitif dalam jujukan arahan dan masalah ini tidak dapat dikesan oleh pengkompil. Masalah hanya disedari setelah hasil keputusan aturcara dikeluarkan. Masalah kedua inilah yang sering dihadapi oleh pengaturcara dan mereka yang baru dalam bidang pengaturcaraan. Masalah ini perlu ditangani dengan kaedah dan cara yang sistematik dan betul. Oleh sebab itu, tujuan buku ini sebenarnya adalah lebih menekankan kepada masalah yang kedua. Masalah pertama lebih dikenali sebagai masalah ralat atau sintaks dan masalah kedua pula dinamakan masalah logik.  


Kesimpulan/ Rumusan Bagi Ke semua bab

Oleh yang demikian, buku ini mengenengahkan satu kaedah yang lebih sistematik dan mudah serta tersusun bagi membantu pelajar atau pengaturcara menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah bagaimana hendak mula membina atur cara. Silibus yang disediakan untuk mengajar asas pengaturcaraan adalah lebih banyak menumpukan kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan. Ini didapati menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pelajar memahami teknik yang betul dalam membina program aturcara. Masalah yang penting dalam pengaturcaraan ilah mencari logik pengaturcaraan. Di dalam buku ini memperjelaskan mengenai langka demi langkah proses menyelesaikan masalah logik dan dituliskan juga dalam bentuk memberi latihan.
                    Ini bermula daripada masalah logik berjujukan yang mudah kepada masalah logik bersyarat dan seterusnya masalah logik yang lebih rumit, iaitu ganbungan antara beberapa kaedah. Setelah menguasai teknik penyelesaian masalah logik ini, para pembaca boleh menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk mengkod program aturcara seperti penggunaan bahasa PHP, Java, Object Oriented Programming, C# dan lain-lain lagi. Ke semua bahasa ini boleh digunakan untuk membangunkan apa-apa sistem, laman web mahupun pembangunan permainan yang menggunakan Flash sekalipun.
                     Oleh sebab itu, buku ini amat sesuai digunakan oleh para guru yang ingin mengajar asas pengaturcaraan bagi menarik minat para pelajar, pelajar peringkat menengah atas, prauniversiti, kursus sijil, diploma, dan juga sarjana muda serta mereka yang ingin mempelajari serta mendalami kursus asas pengaturcaraan ini.  




Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku
HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Secara umumnya, terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang diperkenalkan dan digunakan oleh pengaturcara sekarang ini seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Sebagai contoh adalah Pascal, Basic, Visual Basic, C, C++, Cisula C++, Java, Java C++, Visual Java, Assembly, Cobol, Forran, PHP, C# dan lain-lain lagi.

Setiap pengaturcaraan adalah berbeza antara satu sama lain dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Contohnya bahasa Visual Basic, Visual C++ dan Visual Java mempunyai kemudahan membina antara muka yang lebih mudah daripada bahasa asal masing-masing iaitu Basic, C++ dan Java.

Bahasa Java pula menyediakan kemudahan pelbagai platform berbanding dengan bahasa yang lain. Berbilang platform bermakna bahasa ini boleh dilaksanakan dalam sistem pengoperasian yang berbeza, iaitu sama ada Windows, MacOs atau Linux.
.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        kaedah yang asas serta cara penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan komputer dan bagaimana ia dilaksanakan.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Secara umunya juga, terdapat dua masalah utama dalam pengaturcaraan.
1.    Pertama adalah dari segi bahasa yang digunakan tidak dapat difahami.
2.    Kedua adalah susunan arahan yang tidak betul atau logik aturcara.

HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan

Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah bagaimana hendak mula membina atur cara. Silibus yang disediakan untuk mengajar asas pengaturcaraan adalah lebih banyak menumpukan kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan.

HP5
Sumber; buku  Logik Pengaturcaraan Komputer oleh Mohd Aizaini Maarof dan Muhammad Shafie Abd.Latif. 2006. Universiti Teknologi Malaysia. 153 halaman. Mengandungi Rujukan, Indeks: ms. 151-153 , ISBN 983-52-0401-2

HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog






No comments:

Post a Comment