Saturday, March 19, 2011

JURNAL 4

A study  of the Difficulties of Novice Programmers
L.Essi, A.M. Kirsti & J.Hannu-Matti. ( 2005 ). A study of the Difficulties of Novice Programmers.  ITiCSE’05, Moute de Caparica, Portugal, hlm. 14-18.


Pengenalan

Pengaturcaraan mempunyai kaitan dalam sesetengah bidang teknologi, dan banyak pelajar universiti hanya mempelajari bahagian asas sahaja bagi pengaturcaraan. Oleh yang demikian, pelajar selalu berhadapan dengan kesukaran dalam mempelajari lebih mendalam subjek berkenaan. Tugasan belajar ini sukar dalam proses pembelajaran pengaturcaraan dengan erti kata lain untuk menyokong pembangunan bahan pembelajaran bagi kursus asas pengaturcaraan. Kesukaran yang dihadapi mesti dikenal pasti untuk mendapatkan cara pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang lebih efektif. Dalam jurnal ini, kajian dilakukan dan memberikan maklumat mengenai pengalaman dalam kesukaran mempelajari pengaturcaraan dan dapat melihat cara atau proses pembelajaran dan pengajaran pengaturcaraan.
            Pengaturcaraan sebenarnya bukan satu subjek yang mudah untuk dipelajari. Ini kerana ia memerlukan pemahaman yang betul mengenai sesuatu konsep yang abstrak yang kita tidak nampak. Banyak pelajar mengalami masalah dalam situasi pembelajaran subjek pengaturcaraan. Tambahan pula, kebanyakannya tidak mendapat keperluan atau sumber yang mencukupi dan pelajar-pelajar perlu bertahan dan mengalami kekurangan dalam arahan pemahaman secara individu. Selain daripada itu juga, kumpulan pelajar sangat besar dan heterogeneous dan ini menyebabkan kesukaran untuk mereka bentuk atau menyusun arahan yang boleh memberikan kepentingan dan manfaat kepada semua pelajar.
            Disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam mempelajari pengaturcaraan satu web-base visualizations untuk konsep pengaturcaraan dibangunkan untuk kegunaan dalam kelas dan untuk menyokong pembelajaran kendiri. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan pelajar dalam mempelajari konsep pengenalan pengaturcaraan dan struktur bahasa pengaturcaraan seperti variables, loops dan conditional statements.

Kandungan Kursus

Responden dianggap sebagai masalah yang paling sukar dalam pengaturcaraan memahami bagaimana merancang program untuk menyelesaikan tertentu tugas , membahagikan fungsi ke dalam prosedur dan mendapati bug dari program mereka sendiri . Ini semua adalah masalah yang mana mahasiswa perlu memahami entiti yang lebih besar dari program bukan  hanya beberapa butiran tentang hal itu. Konsep-konsep pengaturcaraan yang paling sukar adalah rekursi , pointer dan rujukan, jenis data abstrak, pengendalian error dan menggunakan perpustakaan Bahasa. Sekali lagi, kesalahan pengendalian memerlukan pemahaman program yang menyeluruh. Menggunakan perpustakaan Bahasa memerlukan bebas carian maklumat, yang dapat membuat kesulitan bagi pemula pengaturcaraan. Rekursi,  pointer dan rujukan, dan jenis data abstrak adalah konsep-konsep abstrak dan dengan demikian kognitif kompleks untuk difahami tanpa fenomena yang sama dalam kehidupan sehari-hari untuk dibuat perbandingan. Pendapat guru tentang isi program kajian yang paling sukar adalah  hampir sama dengan pendapat para pelajar. Selain itu, guru yang dirasakan pemahaman struktur pengaturcaraan yang sukar dalam isu-isu tentang pengaturcaraan. Dalam konsep-konsep pengaturcaraan, hampir semua soalan memiliki nilai rata-rata di atas 3, dan isu-isu yang paling sukar adalah yang sama mengikut guru dan pelajar. Guru dianggap sangat sistematik dalam segala sesuatu bagi isi program yang lebih sukar untuk belajar pengaturcaraan daripada pelajar.


Situasi Pembelajaran dan Bahan-bahan
Pelajar sebenarnya seharus menjadi seorang yang mempunyai kenyakinan diri, ini kerana mereka kebanyakkan lebih suka belajar sendiri daripada mendengar penerangan di dalam kelas dan melakukan tugasan secara individu dalam membuat tugasan pengaturcaraan adalah lebih berguna daripada sesi latihan serta sesi praktikal.  
            ‘Learning by doing’  merupakan satu cara yang efektif yang boleh digunakan dalam mempraktikkan pemahaman dalam pengaturcaraan. Ini kerana sesi latihan adalah lebih baik daripada pengajaran teori semata-mata. Manakala bagi guru, mereka fikir bahawa adalah cara yang lebih efektif dalam pembelajaran adalah ketika sesi praktikal dalam makmal komputer, latihan pengaturcaraan di dalam kumpulan pelajar yang kecil dan bekerja secara sendirian dalam melakukan tugasan pengaturcaraan. Walau bagaimanapun, pelajar masih memerlukan tunjuk ajar daripada guru atau guru tersebut perlu meningkatkan cara pengajaran mereka, ini kerana situasi pembelajaran adalah sangat penting bagi setiap pelajar dan dari situ wujudnya suasana belajar yang lebih kondusif. Ini kerana belajar pengaturcaraan memerlukan seseorang pelajar itu berfikir lebih mendalam.

Perbincangan
Konsep pengaturcaraan yang paling sukar adalah untuk belajar dan memahami konsep sebenar pengaturcaraan. Masalah yang paling besar bagi pengaturcara baru adalah mereka tidak dapat memahami konsep asas pengaturcaraan itu sendiri dan mereka lebih suka belajar untuk mengaplikasikan pengaturcaraan tersebut. Guru perlu fokus lebih dalam kombinasi/gabungan proses pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan ke semua ciri-ciri terutamanya ialah isu dalam reka bentuk asa bagi sesuatu program sebelum memulakan yang sukar. Oleh yang demikian, guru dan pelajar berpendapat dan bersetuju bahawa pembelajaran secara praktikal adalah lebih berguna untuk kefahaman pelajar. Walaupun teori mengenai pengaturcaraan adalah penting dalam pembelajaran, tetapi pelajar juga memerlukan pengalaman dalam praktikal untuk memahami konsep pengaturcaraan. Lebih banyak praktikal yang dibuat, maka situasi pembelajaran dan bahan-bahan disediakan menjadikan pembelajaran pengaturcaraan lebih menarik dan tidak membosankan.

Kesimpulan
Oleh yang demikian, sebenarnya pengaturcaraan tidaklah sesukar yang disangkakan, tetapi kesukaran itu adalah kerana kurangnya pemahaman terhadap konsep-konsep yang abstrak yang mana kita tidak nampak dan perlu dibayangkan. Pelajar juga mempunyai masalah dalam isu-isu yang berbeza-beza berkaitan dengan pembangunan sesuatu program. Ini kerana tahap pemahaman pelajar adalah berbeza –beza begitu juga dengan cara pemikiran pelajar dalam mendalami sesuatu konsep atau tugasan yang diberikan kepada mereka.  

Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea   

Dijelaskan dalam kandungan kursus mengenai projek pembelajaran visualization bagi pengaturcaraan.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam situasi pembelajaran dan bahan-bahan untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan.
HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam perbincangan dan kesimpulan
HP5
Sumber; jurnal dari  ITiCSE’05, Moute de Caparica, Portugal, hlm. 14-18.

HP6
 Penyampaian dalam blog

HP7
 Penyampaian  dalam blog



No comments:

Post a Comment