Friday, May 13, 2011

TUGASAN 3 : KAJIAN KES

KAJIAN KES: PENGAJARAN &PEMBELAJARAN (P&P) PENGATURCARAAN
KOMPUTER

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi menjawab soalan-soalan yang saya sediakan ini. Sebenarnya persoalan ini merupakan antara tugasan saya bagi subjek P&P. Pengaturcaraan Komputer, yang mana saya perlu menjalankan kajian kes terhadap mereka yang pernah mempelajari atau mengetahui mengenai bidang pengaturcaraan. Oleh yang demikian, izinkan saya untuk bertanya pendapat anda serta berkongsi pengalaman anda sepanjang mempelajari/ mendalami dalam bidang pengaturcaraan ini…=)

SOALAN-SOALAN

1) Adakah anda berminat dalam bidang pengaturcaraan komputer? Jika Ya/Tidak,
nyatakan sebab.
 
Ya. Ia memberikan satu rasa keghairahan dan kepuasan apabila dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi pelanggan. Perasaan yang paling manis ialah apabila program
yang ditulis menghasilkan output seperti yang dikehendaki. Sebuah mesin takkan
berfungsi tanpa program komputer. Oleh itu, pengaturcaraan seperti membekalkan 'roh'
untuk meghidupkan sesebuah mesin. Selain itu, ia juga membentuk kesabaran, disiplin,
dan pasaran kerja yang tinggi.

2) Apakah perasaan anda mula-mula belajar mengenai pengaturcaraan komputer? (kalau boleh berkongsi perasaan anda itu)

Penglibatan saya dalam pengaturcaraan komputer adalah secara tidak sengaja. Saya
sebenarnya adalah pelajar sekolah aliran Arab. Oleh kerana gagal mendapat kepujian
Bahasa Melayu SPM, permohonan untuk memasuki universiti pada ketika itu amatlah
terhad. Satu-satunya kursus yang boleh dipohon ialah Diploma Sains Komputer di UiTM
(ITM pada waktu itu). Sewaktu mula-mula belajar pengaturcaraan komputer, perkara
pertama yang diajar ialah input, process, dan output. Pembelajaran adalah berbentuk teori
dan langsung tidak menyentuh komputer. Agak samar-sama untuk mengenali dunia
pengaturcaraan pada peringkat ini. Pembelajaran secara praktikal hanya selepas 3 minggu
dan C++ sebagai bahasa pengaturcaraan. Secara umum, bolehlah disamakan
pengaturcaraan dengan ilmu matematik. Kedua-duanya berasaskan formula untuk diingati
dan berobjektif untuk menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai minat terhadap
matematik biasanya boleh menjadi seorang pengaturcara komputer yang baik. Masalah
awal yang dihadapi ialah mengingati sintaksis kerana arahan pengaturcaraan
kebanyakannya berbentuk simbol dan sukar difahami. Untuk mengatasi masalah ini,
latihan amatlah penting. Di waktu saya belajar dahulu, hanya makmal komputer fakulti
yang berkemudahan komputer untuk pengaturcaraan. Bilangan komputer yang terhad,
memaksa para pelajar komputer berebut-rebut untuk giliran dan menjadi kebiasaan pulang
ke asrama di tengah malam.

3) Apakah tahap pemahaman bagi diri anda sendiri/para pelajar terhadap masalah
pengaturcaraan yang diberikan oleh pensyarah/ pengurus projek. (sekiranya anda
pernah melaluinya)

Di dalam industri, pengaturcaraan bukanlah masalah utama dalam sesuatu projek. Cabaran
utama ialah untuk memahami apa yang dikehendaki pelanggan. Setiap pelanggan biasanya
hanya tahu apa yang dikehendaki mereka secara umum. Untuk lebih kefahaman, saya
biasanya berdiskusi secara terus dengan pelanggan. Dari sini, kita dapat memperincikan
kehendak pelanggan dan mengukur kemampuan yang ada pada pasukan.

4) Apakah rancangan penyelesaian yang diambil oleh anda untuk menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang diberikan oleh pensyarah/ pengurus projek.

Setiap projek biasanya datang bersama satu kehendak pelanggan yang umum. Kehendak
ini dipecahkan kepada modul-modul lebih kecil, sehinggalah kepada saiz yang paling
kecil. Saiz yang kecil memudahkan pemahaman. Ia juga menyenangkan pembahagian
tugas. Bagi setiap modul, kita akan tentukan teknik pengaturcaraan apa yang diperlukan.
Source code opensource akan digunakan sekiranya ada di internet untuk menjimatkan kos
dan masa kerja.

5) Berikan pendapat anda terhadap tahap kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan Komputer dalam kalangan pelajar?

Secara peribadi, saya berpendapat tahap kemahiran pelajar di Malaysia dalam
pengaturcaraan amatlah lemah. Amatlah sukar mencari calon pengaturcara di kalangan
fresh graduate. Kebanyakan calon interview tidak mengetahui asas pengaturcaraan,
bahkan ada yang langsung tidak tahu cara untuk meng'compile' program yang ditulis
walaupun mereka lepasan jurusan komputer. Lebih malang kerana rata-ratanya berCPGA
agak baik. Di alam industri, pihak syarikat tidak bergantung kepada nilai CGPA sematamata.
Syarikat biasanya mempunyai sesi ujian sendiri untuk mengukur kemahiran calon.

6) Apakah teknik penyelesaian masalah yang digunakan oleh anda/ pelajar/ programmer untuk menyelesaikan masalah dalam Bahasa Pengaturcaraan Komputer?

Biasanya Object-Oriented Programming kerana ia amat sesuai untuk projek yang berskala
besar dan melibatkan tenaga kerja yang ramai. Pengaturcara boleh bekerja secara sendiri.
Hasil kerja daripada setiap pengaturcara perisian senang digabungkan kemudian kerana
setiap kerja adalah 'independent'.

7) Bagaimanakah cara untuk memupuk minat pelajar atau diri anda sendiri dalam
mempelajari/meningkatkan kefahaman dalam bidang pengaturcaraan ini. Berikan
pendapat anda. Boleh juga nyatakan sumbangan/ projek yang telah anda bangunkan
sekiranya ada.

Mungkin pihak universiti boleh memberikan pendedahan kepada para pelajar jurusan
komputer tentang cabaran yang bakal dihadapi di alam industri. Pengaturcaraan
memerlukan minat serta komitmen yang amat tinggi. Bukan sahaja kerana tahap
kesukarannya tetapi juga kerana setiap masalah yang timbul pada sistem, mesti
diselesaikan dengan kadar yang segera. Untuk melahirkan graduan komputer yang lebih
berkualiti, mungkin pembelajaran pengaturcaraan boleh mula diajar di peringkat sekolah.
Tahap pembelajaran pengaturcaraan di Malaysia mungkin agak ketinggalan berbanding
negara-negara lain, contohnya Bangladesh, Indonesia, dan Singapura. Kenyataan ini
terbukti dengan kegagalan mana-mana wakil dari universiti di Malaysia di pertandingan
ACM International Collegiate Programming Contest (ICPC). Mungkin ada sesuatu yang
perlu difikirkan pihak universiti ☺

Antara senarai projek:

1. Sistem perbankan RHB
2. Sistem Maklumat Berperingkat Kementerian Luar Negeri untuk Kedutaan
Malaysia
3. Sistem Komunikasi Kementerian Pertahanan Malaysia
4. Sistem ASB
5. Sistem Parking KLCC
6. WiMAX Connection Manager
7. Aplikasi Produk Panasonic

Kerjasama anda, saya akhiri dengan ucapan Terima Kasih

1 comment:

  1. salam..
    saya sedang menjalankan kajian master saya tentang pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer di sekolah.saya berharap saya dapat bertanyakan beberapa soalan kepada saudari untuk berkongsi pendapat.saudari boleh emel kan kepada saya ziyanah.hamid@gmail.com
    kerjasama saudari sangat saya hargai
    terima kasih.

    ReplyDelete