Thursday, May 19, 2011

Pembangunan Modul Permainan menggunakan Flash Develop dan Action Script 3.0

           Latar Belakang Kajian

Pembangunan program permainan dalam pendidikan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar dan guru pada masa ini. Ini adalah kerana unsur permainan dalam pembelajaran didapati telah mencetuskan lonjakan dalam minat dan prestasi pelajar. Kini banyak perisian yang dihasilkan sama ada oleh organisasi swasta atau kerajaan malah oleh individu-individu yang mempunyai kebolehan dalam pengaturcaraan. Berbagai jenis permainan telah dihasilkan namun masih banyak yang tidak menepati kehendak sistem pendidikan negara.

            Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan satu cara menghasilkan permainan pembelajaran yang berasaskan Flash Develop yang mengintegrasikan interaktiviti melalui penggunaan ActionScript. Ianya hampir sama dengan fungsi yang dilihat dalam bahasa pengaturcaraan Java tetapi ActionScript ini digunakan khas bersama program Flash. Ianya lebih mudah dipelajari dan diyakini dapat memberikan impak yang besar dalam dunia pendidikan di negara kita.


Sila ke link ini untuk melihat melihat keseluruhan modul Flash Action Script 3.0 ini:- http://pendidikankomputer.edu.my/LMS/

***Pengguna yang ingin menggunakan laman ini perlu log masuk terlebih dahulu sebagai pelawat..Username dan Password adalah seperti tertera dalam laman ini...

No comments:

Post a Comment